Home Terma dan Syarat Urus Niaga

Terma dan Syarat Urus Niaga

Kami dari pihak Cikgu Ayu dot My juga memberikan perkhidmatan premium kepada pengunjung setia kami dalam mempermudahkan urusan kerja dalam bidang grafik dan cetakan. Sila baca dengan teliti terma & syarat dibawah sebelum membuat tempahan.

1. Tempahan

Cikgu Ayu dot My menawarkan perkhidmatan reka bentuk grafik & percetakan. Dengan membuat tempahan dengan kami bermakna anda bersetuju dengan segala terma & syarat yang telah kami tetapkan.

Tiada kontrak diwujudkan antara anda (pembeli, pelanggan) dan kami (penjual) sehinggalah kami mendapat makluman dan penerimaan tempahan anda serta bayaran yang ditetapkan di dalam invois. Setelah kami menerima bayaran tersebut dan pengesahan mengenainya dibuat secara lisan atau bertulis barulah perjanjian termeterai dan wujud kontrak yang sah di antara anda dengan kami.

2. Produk & Perkhidmatan

Barangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada wujudnya stok. Sekiranya semasa anda membuat tempahan barangan tersebut kehabisan stok, kami akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin. Kami juga akan mencadangkan pilihan yang ada. Sekiranya anda tidak bersetuju, wang pembayaran anda akan dipulangkan. Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa. Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.

Warna yang dipaparkan pada skrin komputer memang tidak akan sama sepenuhnya dengan warna pada cetakan kertas. Namun begitu, pihak kami akan memastikan warna cetakan sekurang-kurangnya 85%-90% sama. Warna juga boleh berubah sedikit mengikut jenis kertas yang dicetak. Warna kertas untuk kertas ‘fancy’ juga tidak semestinya sama pada setiap masa. Ketebalan, tekstur dan warna mungkin berbeza sedikit dengan kertas terdahulu. Ini disebabkan oleh masalah teknikal dari pembekal-pembekal kertas tersebut. Ukuran yang dinyatakan dalam spesifikasi sesuatu produk itu tidaklah 100% tepat dan tertakluk kepada kesesuaian sesuatu produk.

Setiap produkCikgu Ayu dot My akan disertakan dengan logo syarikat kami. Hanya pelanggan untuk cetakan berkenaan urusan syarikat sahaja akan dipertimbangkan untuk tidak meletakkan logo kami. Peta lokasi hendaklah dibekalkan oleh anda pada ruang tidak melebihi ukuran A4 dan mengandungi tidak lebih daripada 20 tanda (landmarks) seperti nama jalan, nama bangunan dan seumpamanya. Kami tidak menerima peta dari carian Google Map kerana ianya akan merumitkan proses lakaran peta oleh pereka grafik kami.

3. Pembayaran

Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Bayaran hanya diterima secara tunai terus kepada akaun syarikat bagi memudahkan urusan bukti pembayaran (online banking/cash deposit machine). Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan bayaran pendahuluan.

Deposit Pertama: 50 % daripada jumlah keseluruhan untuk memulakan proses design / cetakan.
Bayaran Akhir: Baki akhir yang tertera pada invois.

4. Tempoh Siap

Setelah kami menerima tempahan dan bayaran deposit pertama dan segala bahan berkaitan produk diberikan, pihak kami akan menyediakan draf rekabentuk dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja. Anda dikehendaki menyemak dan memberikan maklum balas setelah menerima draf tersebut dengan kadar segera. Setelah mendapat maklum balas daripada anda, kami akan membuat pindaan (sekiranya berkaitan) sewajarnya.

Tempoh pindaan adalah 1-2 hari bekerja. Pindaan draf hendaklah tidak melebihi 2 kali. Bayaran tambahan (RM 30.00) akan dikenakan jika pindaan yang dibuat melibatkan perubahan keseluruhan peta, atau perubahan rekabentuk melebihi 50% dari rekabentuk asal yang diberikan.

Produk hanya akan dicetak setelah draf dipersetujui oleh pelanggan. Proses percetakan tidak akan dimulakan selagi bayaran deposit 50% tersebut tidak dibuat oleh pelanggan. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan penerimaan produk disebabkan oleh masalah kelewatan bayaran ini. Produk yang ditempah akan siap diantara 7-10 hari bekerja dari tarikh persetujuan draf dan bayaran 50% diterima. Walaubagaimanapun, dalam kes di luar kawalan kami seperti ketiadaan stok, sedikit kelewatan mungkin berlaku. Oleh itu, anda digalakkan membuat tempahan lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

5. Jaminan

Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

6. Pembatalan Tempahan

Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat jika proses percetakan belum dilaksanakan. Jika pembatalan dibuat selepas draf rekabentuk diberikan, deposit tidak akan dikembalikan. Jika pembatalan dibuat setelah proses percetakan telah dimulakan, anda dikehendaki membuat bayaran mengikut peringkat kerja yang telah disiapkan.

7. Penggunaan Semula

Kami berhak menggunakan kad-kad yang telah kami rekabentuk & cetak untuk tujuan promosi sama ada dipaparkan di laman web kami, facebook kami ataupun mana-mana media cetak atau elektronik.