Home Dunia Pendidikan Panduan Mengisi Maklumat di JobsMalaysia untuk Guru IPG

Panduan Mengisi Maklumat di JobsMalaysia untuk Guru IPG

by Cikgu Ayu dot My
Terkedek-kedek kita nak isi JobsMalaysia ni. Mula-mula buka laman tu, rasa macam tikus nampak besi. Tapi bila dah kena ikut prosedur ni, maka redah sahajalah. Macam biasa, mula-mula perlu daftar akaun baharu di http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces. Kalau dah ada akaun, cuma daftar masuklah. Guna nombor kad pengenalan.

Bila dah masuk tu, sistem akan menuntut  maklumat melalui beberapa bahagian iaitu:
 
Biodata Peribadi
Isi data-data peribadi yang dikehendaki. Pekerjaan Sekarang : Tidak bekerja. Kategori Pemohon : Lepasan Sekolah/IPT. Lain-lain semuanya berkaitan data peribadi.Alamat
Alamat surat-menyurat. Tempat kita tinggal sepanjang menunggu panggilan temuduga.
 
Telefon/Emel
Telefon rumah, telefon bimbit dan emel yang aktif.
 
Pengalaman Kerja
Tidak perlu isi jika kita sememangnya tidak pernah bekerja.
Akademik

 

Ada beberapa pecahan. Bagi penuntut IPG, cuma isikan 3 bahagian sahaja, iaitu:-

Keputusan Peperiksaan PMR / SRP / LCE atau yang Setaraf

Isikan keputusan PMR.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM(V) / SPVM / SPM atau Setaraf)

Isikan keputusan SPM. Kosongkat kotak ‘Pangkat’ dan ‘Ujian Lisan Bahasa Melayu’ sebab kita merupakan calon SPM sistem terbuka. Peperiksaan kali pertama sahaja. Kalau peperiksaan kali kedua tu, untuk calon yang ada mengulang. Peperiksaan Kertas Julai tu pun tak perlu isi.

Kelulusan Pengajian Tinggi (PhD / Sarjana / Ijazah / Diploma / Sijil / Pelajar Tahun Akhir)

Ijazah dan Diploma. Isi yang ‘Pertama’ sahaja. Tahun Bergraduasi : 2013. Peringkat Kelulusan: PELAJAR TAHUN AKHIR (SAR. MUDA/ SAR. MUDA KEP.). Institusi yang mengeluarkan Sijil: Institut Pendidikan Guru KPM. Institusi Francais Luar Negara : Tidak. Bidang atau pengkhususan tu ikut bidang masing-masing.
Maklumat Terperinci
Isi bahagian tempat lahir ibu dan bapa, kemudian bahagian Pemegang Biasiswa : Penerima Biasiswa KPM.
 
Kokurikulum
Mana-mana yang tertinggi. Pastikan ada simpanan sijil.
 
Maklumat Tambahan
Kalau ada klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni, boleh isikan ruangan bakat. Bahagian ‘Perakuan Diri’ tu biasanya isi Tutor ataupun Mentor.
 
Cetak
Selepas selesai semua kemasukan data, cetak akuan penerimaan permohonan.

Kemaskini

Boleh rujuk penjelasan di sini: Cara kemaskini maklumat di JobsMalaysia.

Terlupa Kata Laluan

 

Pemohon boleh melawati laman pautan khidmat yang disediakan, iaitu, http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_jobSeeker/resetPassword.faces atau hubungi http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_general/contactus.faces.

Tempoh Permohonan
Bermula pada tarikh tamat pengajian di IPG (tertakluk kepada pindaan)
Kredit Kepada: 

Related Posts

1 comment

Cik Nem May 7, 2017 - 10:13 PM

Pn ayu, mcmane nk aktifkn balik akaun kt jobsmlysia?? Gmbaran spt di atas x kluar..plus bila ke website jobsmlysia..yg trpapar x aktif je…bila kemaskini profile..update no fon,ic,email dll..tp still “akaun tidak aktif”
Moga reply cpt n membantu..

Thanks in advance

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.