Home PengurusanBuku Program Buku Program Majlis Graduasi Sekolah

Buku Program Majlis Graduasi Sekolah

by Cikgu Ayu dot My

Majlis Graduasi di peringkat sekolah merupakan satu penjelmaan kesepaduan yang akrab terjalin antara guru, murid, kakitangan dan ibu bapa demi merealisasikan aspirasi dan impian para pelajar untuk mencipta kecemerlangan. Justeru, majlis ini tidaklah harus dilihat sebagai suatu upacara dan keraian semata-mata. Lebih dari itu, majlis  ini merupakan simbolik yang memaknakan kejayaan semua pihak, iaitu individu dan entiti yang terlibat  secara langsung atau tidak langsung, dengan disedari atau tanpa disedari di sebalik jejak tapak kecemerlangan yang telah dirintis oleh mereka.

Oleh yang demikian, harapan pelancaran majlis ialah supaya kejayaan dan kecemerlangan tersebut tidak terhenti di sini sahaja, namun sebagai petanda permulaan perjalanan baharu untuk menghadapi dunia yang lebih mencabar sebagai pelajar di peringkat menengah  selepas ini.

Untuk masjlis kali ini, saya memainkan peranan sebagai pembantu rakan karib saya sebagai Ahli Jawatankuasa Buku Program yang bertanggungjawab untuk menyiapkan serta mengedarkan buku program ini kepada hadirin. Saya kongsikan juga kepada pengunjung laman ini. Andai bermanfaat, kongsikanlah. Yang baik datangnya daripada Allah, lemah itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Wallahua’lam..

Muat-Turun

Related Posts

11 comments

azila November 3, 2015 - 9:38 PM

salam..
boleh saya tahu tulisan hari graduasi tu apa nama?

Reply
khuzaimi abdul razak December 18, 2015 - 1:26 AM

terima kasih kerana sudi memberi

Reply
yatty February 16, 2016 - 2:29 PM

Thanks cikgu

Reply
nurul hamidah November 18, 2016 - 8:54 AM

Terima Kasih ye

Reply
HAYATI November 25, 2016 - 12:22 AM

MAAF.. BLH SAYA TAHU FONT APA YANG DI GUNAKAN UTK TULISAN MAJLIS GRADUASI

Reply
hafizah February 21, 2017 - 3:58 PM

terima kasih atas perkongsian

Reply
Fazila February 28, 2017 - 3:45 PM

Boleh share templet buku progaram hari anugerah cemerlang…

Reply
mizniezaa October 2, 2018 - 1:06 AM

Boleh share x jenis font bagi perkataan “Majlis Graduasi Tahub 6” tu??

Reply
mizniezaa October 2, 2018 - 1:06 AM

Boleh share x jenis font bagi perkataan “Majlis Graduasi Tahun 6” tu??

Reply
Shuhada January 7, 2019 - 12:44 PM

Terima kasih cikgu atas perkongsian

Reply
noorashima February 10, 2023 - 12:36 PM

Saya tak dapat download

Reply

Leave a Reply to hafizah Cancel Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.