Home Dunia Pendidikan Buku Panduan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Prasekolah

Buku Panduan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Prasekolah

by Cikgu Ayu dot My
Buku Panduan PKJR Prasekolah

Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama KPM telah menghasilkan Buku Panduan Guru: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Prasekolah sebagai rujukan kepada guru prasekolah dalam melaksanakan PdP.

Modul Pendedahan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya atau Buku Panduan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Prasekolah, dirancang oleh JKJR dan MIROS bertujuan untuk memberikan panduan yang lebih jelas kepada para guru agar dapat mengaplikasi penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam pendidikan prasekolah secara optimum.

Objektif Modul DêGuru PKJR

Objektif modul ini adalah seperti yang berikut:

  1. Meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan membudayakan keselamatan jalan raya dalam kalangan guru;
  2. Mengaplikasikan ilmu keselamatan jalan raya berdasarkan modul PKJR dalam pendidikan prasekolah secara optimum;
  3. Melahirkan guru yang mahir menyerapkan ilmu keselamatan jalan raya dalam pendidikan prasekolah.

Dokumen-Dokumen Berkaitan Pelaksanaan PKJR

Bahan yang dilampirkan semasa bengkel atau kursus juga perlu dimuatkan dalam Fail Pengurusan Panitia. Sekiranya memilih untuk tidak mencetak, pastikan bahan disimpan dalam bentuk CD dan mudah diakses apabila diperlukan.

Beberapa dokumen penting tentang pelaksanaan PKJR juga perlu dimuatkan dalam Fail Pengurusan Panitia Bahasa Melayu untuk memudahkan rujukan:

  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2009 – Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah.
  • Surat Siaran KPMSP 600-5/2/31 Jld. 2(94) – Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Muat Turun
Modul DêGuru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.