Cuti Sempena Maulidurrasul

Tag-Maulidurrasul
Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibubaginda, iaitu Aminah binti Abd Wahab, adalah anak perempuan kepada Abd Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu.

Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W
Rasulullah wafat pada 12 Rabiulawal 11 Hijrah pada usianya genap 63 tahun 4 hari. Di saat kematiannya apa yang di sebut-sebut oleh baginda adalah, “Ummatii, ummatii, ummatiii”‘. Betapa sayangnya baginda kepada umatnya sehingga di saat tiba ajalnya, apa yang diingati hanyalah umatnya.

Pesanan baginda melalui khutbah terakhirnya
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnah- ku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Sumber gambar: Special Hussein dan Love Sali

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
You might also likeclose