Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2013

ambilan-ipg
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993. 
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. 
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON
  • Tidak perlu lagi membeli nombor pin di BSN seperti tahun-tahun sebelum ini.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan: http://apps.moe.gov.my/kplspm2013 mulai 22 Mac 2013. 

Pemohon dinasihatkan memuat turun e-Panduan: http://www.moe.gov.my/artikelkplspm.pdf bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan ataupun boleh juga berkunjung ke pautan http://apps.moe.gov.my/smg/kplspm2013.cfm

  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar  sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 31 MAC 2013 (11.59 MALAM).  Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 6hb Mei 2013 (Isnin).
P/s: Selamat mengisi kurang lebih 1200 tempat guru pelatih baharu di IPG. Selamat datang ke dunia pendidikan.

3 Responses to Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2013

  1. Little Anna says:

    cikgu , keputusan permohonan keluar berapa hb ??

  2. Dashwini selvam says:

    Cikgu adakah semakan nama calon kelayakan IPG sudah ditangguhkan?

  3. pauline says:

    cikgu, adakah masih sempat untuk memohon sekarang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
You might also likeclose