Maksud Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Memang istilah-istilah ni mampu buat kita berkerut kening. Istilah bunyinya seakan-akan sama namun ada juga perbezaannya. Tak sempat nak buat kajian lanjut, cuma saya kongsikan informasi yang telah disediakan oleh rakan sepengajian daripada kohort yang sama; Nuramirah Nadziri.

Guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar. Semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) dan pemegang ijazah akan dikelompokkan ke dalam gred DC41. Setelah lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan disahkan penjawatan, jawatan GST akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. GST bukan sahaja ditawarkan di sekolah. Sekiranya seseorang itu mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon di mana-mana politeknik di Malaysia.

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Istilah ini digunakan buat individu yang tidak mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam bidang perguruan namun berminat dan memohon untuk menjadi guru. Kebiasaannya mereka ini akan bertugas sebagai guru ganti yang akan memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah; tertakluk kepada kontrak dan jangka masa tertentu tetapi boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa sahaja. Contoh GSTT ialah Guru Ganti.

Status guru interim bermaksud mereka layak menikmati segala ganjaran kewangan dan faedah sampingan sepertimana penjawat awam yang lain, kecuali status perkhidmatan secara tetap. Tempoh interim tidak akan diambil kira sebagai perkhidmatan tetap, termasuk senioriti dan hitungan sagu hati persaraan (gratiuiti). Tarikh lantikan tetap akan tertakluk kepada keputusan temu duga SPP, sama ada mulai tarikh temu duga, atau diundur sehingga sama dengan tarikh penempatan secara interim.

Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih bercuti bersalin atau mengikuti kursus jangka pendek. Bagi mengatasi kekosongan sementara ini, guru ganti yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak memiliki latihan ikhtisas telah dilantik secara kontrak. Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan sekurang-kurangnya 28 hari. Kekosongan sementara yang wujud apabila guru berkursus jangka pendek tidak dapat diisi oleh guru ganti.
P/s: Jika ada sebarang penambahbaikan, tinggalkan di ruangan komen.

Leave a comment

Your email address will not be published.

*



CommentLuv badge
You might also likeclose